ENGLISH 中文 BAHASA MALAYSIA

Perhimpunan Jun 2014: Treler DVD

Family Journey Malaysia (FJM)

Family Journey Malaysia ialah satu penyatuan di antara pemimpin-pemimpin gereja dan juga orang-orang percaya yang telah berjalan bersama-sama - berdoa, menyembah, bersekutu, dan memanggil Tuhan bersama-sama untuk melihat kemuliaan Tuhan datang kepada negara ini. FJM tidak mempunyai keahlian, tetap ia terbuka kepada tubuh Kristus untuk berjalan bersama sebagai keluarga atau sebanyak mana komitmen yang dilepaskan oleh Tuhan. Hati kami adalah untuk merangkum semua orang percaya, dari semua bangsa, bahasa dan denominasi. Kami juga ingin berjalan bersama-sama dengan semua generasi, seperti dalam sebuah keluarga. Semua memainkan peranan yang penting dalam keluarga, tidak kira tua atau muda, dan semua diperlukan untuk melengkapkan sebuah keluarga.

Perhimpunan

Dalam masa beberapa tahun yang lepas, FJM telah menganjurkan banyak perhimpunan. Kami memanggilnya "perhimpunan" dan bukan "konferensi" kerana perhimpunan-perhimpunan ini tidak mempunyai pengkhotbah-pengkhotbah yang tertentu; tetapi kami mempunyai sekumpulan pemimpin rohaniah yang datang bersama untuk mencari hati Bapa bagi masa tersebut dan memberi ruang kepada Roh Kudus untuk memimpin dengan spontan dalam setiap perhimpunan. Penyembahan dan aspek-aspek lain juga dirancang secara bebas, dan sungguh mengujakan untuk melihat cara Roh Kudus memimpin secara jelas dan berkuasa.

Klik sini untuk baca selanjutnya

Menjadi rakan kongsi dengan negara lain

Tuhan juga telah berfirman kepada negara-negara lain untuk berhimpun sebegini dan mereka telah mengalami pergerakan Tuhan yang berkuasa di antara mereka. Malaysia telah berkali-kali mengikuti perhimpunan mereka sebagai penyokong, dan mereka dari negara lain juga telah datang dan menyokong perhimpunan kami. Kami sedar bahawa penerobosan mereka juga penerobosan kami, dan penerobosan kami juga penerobosan mereka. Sebagai satu tubuh, kita dikaitkan dengan erat, dan sebagai satu keluarga, banyak jalinan berharga telah dibina antara negara-negara ini, termasuklah Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, China, Kanada, Amerika Syarikat, dan lain-lain.