Perhimpunan Malaysia, Okt 2013

Perhimpunan Malaysia — Laporan oleh John Sung• 14-16 Oktober 2013

Tarikh: 13-16 Oktober 2013
• 13hb Petang sehingga pagi 14hb adalah Pra-pertemuan
• 14hb Tengahari adalah Sesi Penerangan
• 14th Malam hingga 16hb malam adalah Sesi Utama

Tempat: Kuala Lumpur, Malaysia (Grace Convention Centre)
Negara Mengambil Bahagian: 17 negara
Bil. Peserta: Lebih dari 2000
Bahasa: Inggeris, Mandarin, dan Bahasa Malaysia

Laporan Ringkas tentang Penerobosan Utama:

1. Kumpulan Tarian: Ketua tari dalam Kepulangan, Odette dan anaknya Genevieve, telah datang ke Malaysia untuk pertama kali bagi menyertai Perhimpunan di Malaysia. Selain dari 4 penari (2 dari Wuhan, 2 dari Guangzhou dan 1 dari Macau) merupakan penari terlatih, manakala lebih dari 20 penari lain hanya sempat menjalani 2 sesi latihan iaitu sebelum Perhimpunan bermula. Sungguh ajaib sekali, apabila seluruh pasukan menari dengan satu kesatuan dan telah memimpin seluruh Perhimpunan untuk menyembah dengan gerakan bahasa tubuh.

2. Keluarga Penyembahan: Terdiri daripada para Pemimpin Pujian, vokalis, pemain keyboard, pemain gitar, bass pemain drum, pemalu Gong dan pemain alat muzik tradisi. Selain daripada pemimpin pujian yang adalah orang asal dan pastor-pastor, keluarga penyembahan juga terdiri daripada orang tempatan. Homecoming antarabangsa bertindak memberikan perlindungan dan bimbingan secara rohani. Kesannya adalah keseragaman yang menakjubkan, sehingga penyembahan dijulang tinggi dan menjadikan penyembahan diagungkan sepanjang beberapa hari tersebut.

3. Tim kepimpinan berdiri dengan teguh dan merendahkan diri meminta pengampunan sewaktu permulaan Perhimpunan. Ia telah disampaikan dalam 3 bahasa, dalam kebudayaan yang memuliakan kepelbagaian bahasa.

4. Prophetic act: Orang asal telah mengambil tempat mereka sebagai anak sulung rohani. Mereka telah berdiri dalam satu barisan dan bergandingan tangan dengan bangsa-bangsa lain, untuk membentuk satu jalan yang dilitupi agar wakil-wakil daripada bangsa lain dapat melaluinya, sambil tunduk menyembah dan bersorak.

5. Lagu pujian yang baru telah dilepaskan sewaktu penyembahan, untuk mengangkat tinggi Singa Yehuda. Pemimpin bangsa asal telah menaikkan bendera dan mengisytiharkan bahawa 14 negeri di Malaysia telah membuka pintu yang berabad-abad. Pemimpin bangsa asal dari Taiwan telah naik ke pentas untuk member sokongan dan membuat pernyataan. Pemimpin dari Tanah besar China juga telah naik ke pentas untuk bernubuat dan membuat pernyataan.

6. Tuhan telah memanggil kita untuk menjadi seperti anak kecil dan dia telah menguji para pemimpin samada mereka sanggup memberi jalan kepada orang lain. Dia telah memakai anak-anak dari bangsa asal untuk memimpin dalam Perhimpunan dan membawa seluruh jemaah untuk masuk dalam penyembahan, mendengar serta mentaati suara Allah. Malaikat telah melawati Perhimpunan dan Tuhan juga berfirman serta memberikan pernyataan. Ia adalah suatu saat yang suci, sehingga menyentuh hati setiap orang penuh dengan rasa takut dan hormat. Orang asal, yang mewakili semua umat, telah tampil ke hadapan untuk bertaubat dan berdoa bagi bangsa-bangsa serta menyerahkan ketuanan kembali kepada Sang Pencipta. Setelah itu barulah kami menyedari, anak-anak tersebut belajar di rumah dan penyembahan merupakan sebahagian dari cara hidup mereka. Mereka telah berpuasa dan berdoa selama 40 hari sebelum perhimpunan berlangsung!

7. Orang percaya yang datang daripada pelbagai bangsa memakai pakaian tradisional mereka dan telah menari bersama. Penyembahan mereka diangkat dalam penyerahan yang sesungguhnya – setiap suku berlutut sebagai lambang penyerahan. Setelah itu, Nyanyian Pengudusan telah dinyanyikan dalam pelbagai bahasa, secara bergantian. Ini adalah nyanyian perjanjian diantara Allah Bapa dan Malaysia.

“Malaysia, adakah engkau mengasihiKu selamanya?
Kami sanggup, kami sanggup, kami sanggup.
Malaysia, adakah engkau akan menjadi setia?
Kami sanggup, kami sanggup, kami sanggup.
Malaysia nyatakan hatimu (X2).
Kami dari setiap warna, kami dari setiap bahasa, kami dari setiap suku, kami untukMu.
Kami satu hati (X5). Kami milikMu.”

Pada malam itu, kami telah menyaksikan suatu penyerahan serta ikatan perjanjian yang dibuat dengan Tuhan. Ia penuh dengan kemuliaan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan.

8. Ada suatu suasana dimana keluarga berjalan bersama, menerima satu sama lain dalam Kristus, dan dengan berbuat demikian, kami menghidupi budaya memuliakan satu sama lain. Dua orang bapa daripada Tim kebangsaan telah berkongsi tentang sejarah perjalanan keluarga dalam bentuk forum. Hadiah telah diberikan kepada para wakil daripada bangsa-bangsa untuk menghargai mereka kerana telah berjalan bersama kita sejak bertahun-tahun. Akhir sekali, Pastor Gideon Chiu, sewaktu menerima hadiahnya, menambah bahwa kita patut menghargai pahlawan-pahlawan yang tidak dikenali yang telah banyak berkorban untuk perjalanan keluarga. Setelah itu, beliau memimpin peserta untuk turut melakukan apa yang ditunjukkan – Beliau secara fizikal telah berlutut dan meletakkan hadiahnya di atas lantai di hadapan beliau, sambil berkata, “Sewaktu orang lain menghargai kita, kita harus belajar untuk bersujud dan berlutut, membuang mahkota kita di hadapan kaki Tuhan dan bersujud menyembah, kerana bagi Dialah kemuliaan selamanya.”

9. Pastor Eddie Ma telah berkongsi tiga-perkara:

1) Kerinduan untuk menyediakan tempat berdiam bagi Tuhan
2) Mendengar bersama dan melakukan apa yang dikatakan Tuhan
3) Membangun rumah yang dipenuhi dengan Hadirat Tuhan

Dia telah mengambarkan nilai-nilai dasar dari perjalan keluarga dengan ringkas dan padat, sehingga menyentuh banyak hati. Banyak debaran perasaan yang timbul dalam seluruh Perhimpunan, sehingga menghalau segala lelah dan kebosanan pada setiap petang. Beliau mengakhiri dengan memanggil semua yang berusia di bawah 30 tahun untuk tampil ke hadapan, manakala yang lebih dewasa untuk turut meneguhkan dan berdoa bagi generasi muda sebagai ibubapa rohani. Dari kedalaman hati, mereka mengisytiharkan kepercayaan kepada orang muda seperti, “Saya percaya kepadamu… Saya tidak akan pernah meninggalkanmu.” Secara berkumpulan mereka telah menerobos dalam hubungan bapa dan anak.

10. Penyembahan pada malam terakhir merupakan yang paling panjang dan telah diekspresikan dengan cara yang luarbiasa sekali. Reben berwarna merah telah menjadi lambang darah Yesus yang mahal. Reben berwarna putih mewakili kesucian. Reben berwarna biru mewakili kasih Bapa, manakala reben berwarna emas mewakili kemuliaan Tuhan. Para penari telah menjulang tinggi reben-reben ini dalam kedudukan yang sepatutnya, untuk memberi ruang kepada ahli keluarga untuk melewati dengan penuh sukacita. Suatu mahkota besar beserta salib mewakili Raja di atas segala raja. Tim penari telah menjulang mahkota dan mengelilingi sebanyak dua kali sehingga kembali ke pentas. Mereka juga menyambut kedatangan Tuhan Yesus Kristus dengan daun-daun palma. Jesse, anak kepada Alex Ongkili telah menyanyi dalam nyanyian rohani dan Alex telah bergegas ke pentas untuk memberikan perlindungan. Sewaktu Roh mendorong Alex untuk berdiri berhadapan dengan tim penari untuk berdepan dengan kejahatan didalam murka Allah serta untuk menggambarkan kemuliaan Singa yang telah diurapi, bapa mertuanya, Pastor Albert Zehr, telah mengetepikan adabnya, lalu berlari dengan pantas ke pentas untuk memberikan perlindungan serta berseru. Dengan berbuat demikian, kita melihat Malaysia memasuki perjalanan tiga generasi. Malaysia telah menghidupan “Jalan Sutera” dalam kerajaan Allah. Sewaktu Malaysia mengangkat kerajaan Raja diatas segala raja, Malaysia akan menjadi pemenang dalam setiap peperangan rohani.

11. Perhimpunan ini berada dibawah pimpinan Pastor David Demian. Sewaktu beliau menggalakkan kerjasama diantara kumpulan yang berbeza. Ada waktunya, beliau berlutut, ada juga waktunya beliau berjalan keliling dewan untuk menangapi gerakan Roh Kudus. Ada ketikanya beliau juga menangis serta bertanya kepada Tuhan. Beliau sering naik ke pentas untuk menjelaskan peristiwa yang terjadi. Beliau tidak berpuashati dengan keinginan orang ramai yang mahu beliau berkotbah. Beliau berterusan tunduk kepada keinginannya untuk menggantikan pernyataan Roh Kudus dengan pengalamannya sendiri. Beliau mengingini Allah Bapa untuk menyatakan kemuliaanNya. Beliau berkata, “Saya sangat kagum dengan apa yang telah Tuhan lakukan disini. Setelah saya kembali ke Kanada, saya perlu menghabiskan masa bersama Tuhan untuk membenarkanNya membaharui fikiran saya.”

12. “Jumpa anda di Yerusalem pada tahun hadapan!” Pastor David Demian mengucapkan kata-kata ini sebagai penutup pertemuan malam itu.

Beliau telah berkongsi daripada Alkitab tentang pengalaman Petrus, sebagaimana pengalaman beliau sendiri, sewaktu masih muda telah memandu kereta tanpa petrol. Beliau juga telah memberi kesaksian tentang keberanian Zakaria. Beliau turut berkongsi tentang mimpi yang dialaminya, dimana beliau melihat peluru yang ditembak ke arah beliau sewaktu berkotbah, tetapi peluru tersebut melewati dan beliau tetap terus berkotbah… Beliau mendorong peserta bahwa hidup kita ada didalam tangan Tuhan, dan apa sahaja yang telah difirmankan Tuhan, akan terlaksana. Kita hendaklah menambahkan iman kita dan berjalan sejajar dengan Allah, menjadi tubuh Kristus, menang dalam setiap peperangan rohani. Setelah China menyambut kerajaan Allah, Malaysia adalah negara kedua yang berbuat demikian. Beliau menggunakan contoh penerobosan perjalanan China untuk meneguhkan dan menubuatkan peranan masa depan dan kemuliaan Malaysia. Perhimpunan keluarga Malaysia adalah yang pertama setelah lawatan ke Israel pada bulan September. Beliau menggunakan nubuatan alkitab dan tahun lunar pada tahun hadapan dan gerhana matahari untuk menjelaskan tentang rencana penebusan Tuhan yang akan segera terjadi. Oleh demikian, orang Cina hendaklah menyambut keturunan Ishak dan keturunan Ismael. Perayaan alkitab iaitu perayaan mezbah dan tangisan lewat malam akan segera digenapi dalam perjalanan ke Yerusalem, yang akan memuaskan hati Bapa Syurgawi. Amen.

— Reported by John Sung on 24/10/2013