Soalan Sering Ditanya

Apa yang kita lakukan di Perhimpunan-perhimpunan ini?

  • Ini bukan konferensi yang biasa
  • Tiada pengkhotbah yang dirancang, tiada sesi pengajaran, tiada agenda yang yang ditentukan oleh manusia
  • Satu masa menyembah dan menunggu Tuhan
  • Satu panggilan dari Bapa kepada anak-anakNya untuk berhimpun bersama
  • Bukan inisiatif mana-mana pelayanan, tetapi perhimpunan para pemimpin dari pelbagai tempat, pelbagai aliran, dengan hati yang sama: untuk melihat kemuliaan Tuhan dinyatakan di negara kita dan juga di seluruh bumi.

Adakah ini membuang masa?

  • Kemuliaan Tuhan tidak akan datang dengan program manusiawi
  • Penantian telah hilang di Gereja — kita lebih sibuk dengan melakukan perkara.
  • Akan tetapi, kita sepatutnya mengambil Yesus sebagai contoh, hanya melakukan apa yang dilakukan oleh Bapa, dan hanya mengatakan apa yang dikatakan oleh Bapa (Yohanes 5:19, Yohanes 14:24)
  • Kita harus melepaskan hak yang dipegang oleh kita, meletakkan rencana and agenda kita sendiri dan memberikan kebebasan kepada Roh Kudus untuk berkuasa di antara kita.

Apakah ‘mendengar dari hati Tuhan’?

  • Ada dua cara untuk kita mendengar melalui minda atau roh
  • Kalau kita mendengar melalui minda kita, kita tidak dapat mendengar apa yang mustahil — hanya apa yang rasional
  • Allah ialah Tuhan kepada yang mustahil — Daud dan Goliat, Joshua dan Kota Yerikho
  • Roh Allah berfungsi dengan pembedaan — roh kita akan menjadi saksi kepada apakah itu Allah atau tidak.
  • Kita harus hidup dengan roh (1 Korintus 2:14) dan membaharuilah minda kita (Romans 12:1-2) serta menundukkan minda kita kepada roh.

Apakah itu ‘Mendengar secara Korporat’ dan ‘Pembedaan secara Korporat’?

  • Penglihatan kita tidak lengkap (1 Kor. 13:9) oleh itu terdapat keselamatan dan kebijaksaan dalam nasihat daripada ramai. (Amsal 11:14/15:22).
  • Kita mahu seperti Gereja Awal, untuk mencari Tuhan sehingga kita dapat mengatakan “Ini kelihatan betul kepada Roh Kudus dan juga kita”.

Apakah yang kita cari?

  • Bukan untuk Allah melawat kita dengan lama seperti satu kebangkitan rohani
  • Tetapi untuk kita menjadi tempat Allah berdiam
  • Seperti Raja Daud kami mendambakan kemuliaan Allah — Mazmur 132 — dan kita ingin menjadi tempat Allah berdiam
  • Seperti apa yang Musa mengatakan kepada Tuhan — jikalau hadirat Engkau tidak mengikuti kami, jangan mengutus kami dari sini.

Kenapa Penyembahan sangat penting kepada Perhimpunan ini?

  • Penyembahan membantu kita memasuki hadirat Tuhan bersama, supaya kita dapat mendengar Tuhan dengan lebih jelas.
  • Kita tidak mempunyai masa yang dikhaskan untuk menyembah — kita menyembah sehingga Roh Kudus melepaskan kita.
  • Kita sungguh rindu melihat expresi penyembahan yang berlainan dalam perhimpunan ini — bukan sahaja menyanyi, tetapi juga menari di hadapan Tuhan.

Kenapa Kesatuan itu penting?

  • Satu-satunya doa Yesus yang dirakamkan — Yohanes 17 — Dia berdoa untuk kesatuan tubuh Kristus dan mengatakan bahawa ini menjadi kunci untuk dunia mengenali Yesus dan kasihNya untuk mereka
  • Kesatuan ialah satu prinsip rohaniah
  • Kesatuan bukan sahaja melakukan perkara bersama — sebagai contoh kebaktian penginjilan di mana semua gereja menyokong
  • Kesatuan kita bukan dalam melakukan perkara yang sama atau mengatakan benda yang sama, tetapi ia mengenai mempunyai hati yang sama
  • Hati ini dalam penundukan dan ketaatan yang seluruh kepada Kepala, Yesus Kristus, di setiap bidang dalam hidup kita.
  • Tuhan bersuka bila saudara-saudari berjalan bersama dalam harmoni dan kesatuan hati dan roh. (Psalm 133)
  • Allah itu seorang bapa — Dia bersuka apabila anak-anakNya berjalan dalam harmoni dengan satu sama lain dan dalam ketaatan kepadaNya

Adakah Perhimpunan-perhimpunan ini mempunyai yuran pendaftaran?

  • Pendaftaran adalah percuma kerana kami ingin saudara saudari yang telah menerima panggilan untuk datang ke perhimpunan ini
  • Sudah tentu, kos untuk perhimpunan seperti ini bukan percuma.
  • Kami menggalakkan sesiapa yang dapat membantu secara kewangan untuk memberi kepada perhimpunan-perhimpunan ini. Lihat sini untuk mengetahui bagaimana anda boleh membantu bila-bila masa sahaja. Pemberian turut diambil semasa perhimpunan.

Apakah latar belakang denominasi bagi Perhimpunan ini?

  • Perhimpunan ini terbuka kepada saudara-saudari dari mana-mana denominasi yang percaya bahawa Yesus Kristus adalah satu-satunya Penyelamat kita.
  • Ini terbuka dan tidak dihadkan kepada satu denominasi sahaja.
  • Kebenarannya, Allah sungguh senang hati bila Dia melihat umatNya dari pelbagai latar belakang datang untuk mencariNya dalam kesatuan (KPR 13:1-3)

Bahasa apakah yang dipakai di perhimpunan?

  • Lazimnya kami mencuba yang terbaik untuk menggunakan ketiga-tiga bahasa utama Malaysia, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Cina. Tetapi anda boleh menghubungi kami to memastikan penterjemahan yang akan dipakai pada mana-mana perhimpunan, kerana ini mungkin berlainan dari semasa ke semasa.
Perhatian: Soalan yang sering ditanya serta jawapannya telah diambil dari Asia Gathering dan disesuaikan dengan konteks tempatan.