Perhimpunan Jun 2014

Sila ambil perhatian bahawa acara ini telah berlalu.

Perhimpunan Kebangsaan Hasil Pertama

Di Malaysia, kita memasuki musim perayaan di hujung bulan Mei/awal bulan Jun, di mana orang asal negara ini merayakan penuaian dan memberi syukur untuk tuaian tahun itu. Dengan itu, kami juga ingin berhimpun bersama-sama untuk menyerahkan diri kita secara rohaniah dan secara korporat kepada Tuhan, dan memberikan puji dan syukur kita untuk hasil pertama tuaian kita. Sertailah kami dalam perayaan ini!

  • Perhimpunan Hasil Pertama:
    Persembahan Hasil Pertama merupakan satu persembahan kesyukuran. Kita ingin berkata kepada Allah, “Terima kasih untuk hujan dan matahari yang Engkau telah memberi pada masa yang betul, jumlah yang betul.” Dan bila kita memberi syukur untuk hasil pertama, kita juga mengatakan “Tuhan kami yakin yang Engkau akan membawa penuaian yang lebih besar”. Doa seperti ini menyenangkan hati Tuhan, sambil menyatakan iman kita. Alkitab merakamkan bahawa Dia menerima doa seperti ini dan memberkati umatNya. (Amsal 3:9-10)

  • “Hasil Pertama” merujuk kepada jerami di ladang yang terdahulunya masak. Pada manusia dan binatang pula, “Hasil Pertama” merujuk kepada anak lelaki yang sulung. Dengan prinsip yang sama, hasil pertama/anak sulung sebuah negara ini adalah orang asal nya. Alkitab mengatakan bahawa semua ini milik Allah. Memperakui ini dan memberikan hormat kepada hasil pertama ini adalah seperti memberikan hormat kepada Allah. Dalam Perhimpunan Kebangsaan ini, semasa kita menghormati orang asal negara kita, itu menjadi satu pernyataan kepada Allah yang kita menghormati Hasil Pertama Malaysia!

Gathering information

front back

Tarikh: June 4-6, 2014
Lokasi tempat: Grace Convention Centre, Petaling Jaya
Pendaftaran: Pendaftaran online (atas talian) diperlukan. Sila medaftar dengan awal kerana ruang yang kita ada terhad.
Yuran Pendaftaran: Kami tidak mengenakan yuran pendaftaran bagi Perhimpunan ini, tetapi kami menggalakkan semua untuk menyemai secara kewangan ke dalam pelayanan kami.

Jadual

Pendaftaran bermula pada 4hb Jun, pukul 5.30 petang.

Rabu, 4hb Jun — 7:30pm – 10:00pm
Khamis, 5hb Jun — 10:00am –12:30pm | 2:30pm – 5:00pm | 7:30pm – 10:00pm
Jumaat, 6hb Jun — 10:00am – 12:30pm | 2:30pm – 5:00pm | 7:30pm – 10:00pm

Tempat berhubung

Semenanjung Malaysia Lily +6017 3388706
Sabah Ps. Chin +6012 8283116
Sarawak Ps. Greman +6013 8089947