Perhimpunan Sep 2014

September 15-17, 2014: Perhimpunan Hari Malaysia – Musim Baru

Salam sejahtera kepada semua!

Terima kasih kerana telah berdoa dan menabur ke dalam Perhimpuan Jepun. Kami telah menyaksikan bagaimana penerobosan Malaysia dalam Perhimpunan Hasil Pertama di Bulan Jun telah mencetus penerobasan bagi Jepun juga. 16 orang Malaysia yang mewakili 3 generasi dan 3 kumpulan bahasa telah berdiri bersama-sama keluarga kita di Jepun. Dalam perhimpunan ini juga, 16 negara telah diwakilkan. Untuk julung kalinya gereja Jepun telah berhimpun untuk menyembah seperti ini. Terdapat banyak kesaksian yang indah mengenai pengerjaan Allah.

Baru-baru ini, dalam satu musim pembedaan, keluarga Orang Asal (Anak Negeri & Orang Asli) telah merasakan bahawa Tuhan sedang memanggil keluarga Nya untuk berhimpun pada 15-17 September di Penampang, Sabah. Tarikh 16 September sungguh penting bagi negara kita. Perhimpunan ini bukan sahaja untuk orang asal, tetapi juga untuk seluruh Malaysia. Ini adalah satu musim yang baru. Ini adalah satu Malaysia yang baru. Kita akan menyambut kedatangan 50 tahun yang seterusnya bersama anak negeri dari Sabah dan Sarawak, orang asli dari Semenanjung Malaysia, dan ahli keluarga yang lain dari seluruh Malaysia yang datang berdiri bersatu.

Sekali lagi, semua rakyat Malaysia dan juga bangsa-bangsa lain, dijemput untuk datang dan merayakan serta menyembah Raja segala Raja dan Tuhan segala Tuhan, sambil menyambut kedatangan musim yang baru untuk Malaysia.

Ini adalah satu jemputan terbuka, jadi sila menjemput kawan-kawan yang lain juga. Kepada yang mendaftar di bawah “Pendaftaran Kumpulan” semasa Perhimpunan Hasil Pertama di Bulan Jun, sila memberi jemputan ini kepada semua ahli kumpulan anda kerana kami tidak mempunyai e-mel mereka (kerana mereka didaftarkan di bawah nama dan e-mel anda). Terima kasih!

Maklumat Perhimpunan

aug_frontaug_back

Tarikh: 15-17 September 2014 (Isnin – Rabu)
Lokasi tempat: Dewan KDCA, Penampang (Sabah, Malaysia)
Tema: Musim Baru
Pendaftaran: Pendaftaran atas talian diperlukan. Sila medaftar dengan awal kerana ruang yang kita ada terhad.
Yuran Pendaftaran: Kami tidak mengenakan yuran pendaftaran bagi Perhimpunan ini, tetapi kami menggalakkan semua untuk menyemai secara kewangan ke dalam pelayanan kami.