Perhimpunan Malaysia
Perhimpunan Doa Orang Asli
Tarikh: 24 – 26 September 2015
Lokasi Tempat: Grace Convention Centre, Petaling Jaya (Kuala Lumpur, Malaysia)
Perhimpunan Doa Orang Asli merupakan satu perhimpunan doa syafaat bagi Orang Asli Semenanjung Malaysia dari semua denominasi untuk datang berhimpun sebagai satu keluarga besar – tubuh Kristus. Bangsa-bangsa lain di Malaysia serta warga antarabangsa dari tubuh Kristus yang lebih besar turut dialu-alukan dan digalakkan untuk datang dan menyertai, supaya kita boleh bersama menyembah Tuhan dalam SATU SUARA & SATU HATI.
Semasa kita berhimpun, Orang Asal akan dilepaskan untuk mengambil tempat mereka sebagai anak sulung tanah ini dengan berani, dan hanya dengan ini Malaysia mampu berjalan dalam kepenuhan destini (tujuan) nya. Sudah tiba masanya untuk Orang Asli bangkit dan berjalan dalam janji-janji Allah bagi bangsa dan tanah mereka. Kami percaya semasa kita berhimpun dalam kesatuan dan meninggikan Raja atas segala raja dalam SATU SUARA & SATU HATI, kita akan melihat satu pelepasan yang baru dengan keberanian dan kuasa yang lebih besar bukan sahaja untuk Orang Asli tetapi juga untuk seluruh Malaysia!
Biarlah bunyi seruan berabad-abad didengarkan. Inilah waktu nya. Malaysia memerlukan orang asalnya dan orang asal memerlukan keluarga ini. Biarlah Kerajaan Nya datang dan kehendak Nya terjadi.
Program Kanak-kanak
Klik sini untuk maklumat lanjut
Jadual
September 24, 2015
12:00PM – 2:00PM — Pendaftaran
2:00PM – 5:00PM — Sesi 1
6:30PM – 9:30PM — Sesi 2
September 25, 2015
10:00AM – 12:30PM — Sesi 3
2:00PM – 5:00PM — Sesi 4
6:30PM – 9:30PM — Sesi 5
September 26, 2015
10:00AM – 12:30PM — Sesi 6
Lokasi Tempat
Grace Convention Centre
Level-3, Plaza Mayang 47301, Petaling Jaya.