Klik sini untuk menonton arkib video.
“Angkatlah kepalamu, hai pintu-pintu gerbang, dan terangkatlah kamu, hai pintu-pintu yang berabad-abad, supaya masuk Raja Kemuliaan! (Mazmur 24:7)”
Sejak perhimpunan yang terakhir di Okinawa, Tuhan sedang melakukan perbuatan yang ajaib di Jepun – generasi-generasi, gereja-gereja, serta bangsa-bangsa bermula berjalan bersama-sama dalam Kristus. Tuhan dalam rahmatNya kini telah menyediakan Jepun untuk satu lagi Perhimpunan di Kobe pada 4-6 Mei 2015. Kobe sebuah bandar yang penting di mana gempa bumi yang terdahsyat di Jepun telah melanda pada Januari 1995. 20 tahun kemudian, Tuhan dalam kasih karuniaNya sedang memanggil keluarga dari semua bangsa-bangsa untuk datang dan menghiburkan bangsa Jepun. Semasa memilih lokasi perhimpunan, dalam satu masa pembedaan, pemimpin-pemimpin Jepun telah tertarik kepada nama “Kobe”(神戸) yang bermaksud “Pintu Allah” dalam tulisan Cina. Jepun yang dianggap sebagai “negara matahari terbit” juga termasuk dalam kawasan Pintu Timur. Kami percaya musim untuk Jepun adalah sekarang. Kami percaya bahawa di Kobe Tuhan akan membuka pintu gerbang yang berabad-abad agar kemuliaanNya akan memasuki tanah Jepun. Jemput datang dan menyertai kami semasa kami menyaksikan perbuatanNya yang besar di tanah kami!